Lidah terkelu
Lidah terkedu
Hati memberontak
Memberontak mahu mengeluarkan isi - isi hati
Bagaikan dapat didengari
Degupan kencang dalam dada ini
Kencang, bagaikan hentakan tapak kaki askar - askar di medan perang
Hati yang memberontak ini juga bagaikan berada di medan perang itu
Berperang, berbalah sesama sendiri
Hati yang memberontak ini juga tertanya
Sampai bila sang hati ini mahu berada di dark side itu?
Sampai bila sang hati ini mahu terus tersekat dalam kesedihan?
Sampai bila sang hati ini mahu terus menjadi rakan baik kepada kegusaran?
Sampai bila sang hati ini mahu terus tertunduk lesu?
Tidak bermaya, malah terus jatuh, jatuh, dan terus jatuh...
Ahh! Penatlah!
Penatlah apabila emosi bermain dan berbalah dengan mindaku
Dan aku selaku pemilik emosi dan minda ini tidak mampu menghentikan perbalahan ini
Ahh!
--
Hilang.
Sesat.
Tanpa arah tujuan.
Aku dapat rasakan aku seperti dalam twilight zone kini.
Ahh.
--
Malaysia, aku terlalu merindui kau.
Malaysia, aku terlampau merindui kau.
Malaysia, Melaka, Ibu, Ayah, Arsyad, Luqman, Aimran, Danial, Nenek, Keluarga, Nurul Syafika, Fatimah Mardiah, Munirah Hashim, Nur Hidayah, dan lain-lain, aku sudah semakin kerap mengingatkan kembali masa aku ada bersama kau semua dahulu.
Aku terlampau inginkan masa itu untuk aku ada bersama kau semua lagi.
Salah satu perkara yang pasti bermain dalam kepalaku tatkala meletakkan kepalaku di bantal ;
BIARLAH HARI ESOK MERUPAKAN SATU HARI YANG MAMPU BUATKAN AKU TERSENYUM. AMIN.